Perkongsian buat sahabatku...

"Sebulan, setahun mahupun seabad lamanya.Walaupun engkau tidak tahu aku mencintai engkau tetapi Allah tahu aku mencintai engkau kerana Nya..Aku tetap cintai dirimu kerana Tuhanku kerana Agama Mu!Aku mencintai Mu kerana Akhlak & AgamaMu bukan kerana Nafsu & Duniawi..Semoga Kita Dijodohkan Bersama..Aku mencari SYURGA CINTA"

Bintang menghiasi langit gelap..
Cantik sejenak langit itu dalam pandangan..
Kerdip kecilnya memandu mata dan hati ini..
Hanya satu bintang yang akan ku jemput...

Tahukan bintang apa itu???

Bintang yang baru ku kenal..
Bintang yang paling terang..
Hingga sinarnya sanggup menghangatkan jiwa..

Sayang mahukah kau menjadi bintang itu???

Ya Allah…..satu kebahagiaan telah kudapatkan…
Ya Allah…satu cinta telah tumbuh di hati aku…
Ya Allah…..satu hati telah ku temukan…
Ya Allah…telah kutambatkan jiwa ini pada pelabuhannya..
Jangan….jangan ya Allah…jangan Kau ragut kembali…
Jangan Kau ambil lagi kebahagiaan yg tersisa….
Bukan ya Allah…..bukan maksud aku menduakanMU dengan cinta pada sesama….
Bukan maksud aku untuk berpaling dari sejatinya cintaMU
Tapi aku hanya manusia biasa….aku punya hati……aku punya jiwa……
aku punya rasa….aku punya ketakutan….
Ya Allah...aku takut cinta ini jadi ingkarku padaMU...
Ya Rabb...aku takut sayang ini jadi duri dalam mengingatMU…
Ya Rahman...aku takut kasih ini jadi onak dalam menujuMU…..

Tapi aku tetap hanya manusia biasa ya Rabb….
Jika ini adalah kurniaMU….hamba mohon ya Rahim…jadikan aku orang yg bersyukur…
Jika ini adalah murkaMU…..aku mohon ampunMU ya Ghaffar…..
Izinkan aku bersandingkan dia dalam hidup hamba yg singkat…..
Izinkan aku membawa dia kehadapanMU sebagai pelengkap sempurnanya fitrah aku…
Izinkan aku untuk memberi ketaatan akan titah MU padanya…
Izinkan aku membimbingnya menuju jalan suci MU…
Ya Rahman…ya Rahim..
Engkau Maha Tahu apa yg terbaik buat kami..
Jika ini yg terbaik dariMU untuk kami……Lapangkan jalanku utk menjemputnya….
Luaskan hati ini untuk sabar dalam ikhtiarku….
Kuatkan kesabaranku untuk ku menangi ujian ini…
Ya Allah yg maha lembut…lembutkan hatiku untuknya…..
Ya Allah yg maha indah…..perindahlah lisanku untuknya….
Tak banyak yg aku minta ya Aziz…..
Bukakan dan tiupkan wangian syurgaMU untuk ku hirup di sini..di dunia...
bersamanya….
Kerana Kau maha tahu…..
aku mencintainya kerana MU..

"syukur pada Mu Ya Allah kerana telah mengurniakan kepada aku insan yang sentiasa menceritakan & mengingatkan aku tentang agama Mu .. Dialah PERMATA yg aku cari selama ini"
"aku memetik ini dari sahabatku di FB"

Kata yang Indah...

 Assalamualaikum...
Bila Allah tak memberimu seseorang yg engkau impikan,semoga Allah menghadirkan seseorang yg memimpikanmu.

Bila Allah tak memberimu seseorang yg engkau rindukan,semoga Allah menghadirkan seseorang yg merindukanmu.

Bila Allah tak memberimu seseorang yg engkau dambakan,semoga Allah memberimu seseorang yg mendambakanmu.

Bila Allah tak menyatukanmu dengan seseorang yg engkau cintai,semoga Allah menghadirkan seseorang yg mencintaimu

yang bukan menerimamu karena apa yg ada padamu,tapi apa adanya dirimu..

Allah akan selalu memberikan yg terbaik buat kita.Istikharahkan cintamu pada-Nya. Karena jodohmu takkan jauh sifat pribadinya sepertimu.
 
Insyallah..
Kata2 diatas cukup bermakna buatku…
Kisahnya mmg panjang tetapi penuh dengan kegembiraan dan berakhir dengan kekecewaan…
Susah untuk diceritakan..
Apa yang berlaku nie ku tidak menyalahkan sesiapa dengan apa yang terjadi..
Namun aku berharap masing2 bahagia....
Tetapi luka dihati begitu susah untuk sembuh..
“Ia bagaikan kaca dan apabila ia pecah tidak dapat bercantum semula”
Namun apakah daya semua itu adalah Allah yang lebih mengetahui…

Kadang2 seseorang yang kita cintai bukanlah sebenarnya teman kita …
Tetapi itu adalah ujian dariNya…
Namun sebagai umat manusia mestilah sabar dan redho dengan pilihanNya….
Apepun berfikirlah yang baik2 sahaja… dengan apa yang terjadi pada kita..

Cinta...


Cinta bukanlah sesuatu perkara yang boleh diurai dengan kata2...
Cinta ini mestilah berlandaskan Garis2 panduan Islam bukannya berlandaskan nafsu semata-mata.
Cinta kita perlulah melebihi cinta kepada kepada Allah, barulah cinta kita kepada manusia..

Cinta inilah yang boleh menguji kekuatan iman kita...
Cinta juga boleh menjinakkan harimau yang ganas kepada harimau yang boleh dijinakkan
Cinta juga boleh menghancurkan kita dan boleh menguatkan keimanan dan kesabaran kita...

Bicara Cinta
Dengan Cinta, terjadilah kesatuan
Dengan Cinta, tersebarlah kedamaian
Dengan Cinta, terciptalah perpaduan
Dengan Cinta, terhembuslah kebahagiaan 

Berkata Ibnu Qayyim al-Jauziyah : " Siapa yang mahu hatinya bersih, hendaklah dia lebih mementingkan Allah SWT dari nafsunya."




Wahai sahabatku...
Mencari teman hidup ini bukan la senang...
tambah pula pada abad yg moden nie....
Mencari wanita yg solehah bukannya senang....
Wanita yang dapat menjadi contoh kepada anak2 nanti dan kepada suaminya sendiri...
Carilah wanita yang menutup perhiasan dirinya dan takut akan seksa Allah kelak...
Carilah wanita yang mencintai Allah melebihi cinta manusia...



Wahai sahabatku...
Sabarlah dan redho' sekiranya dia bukan pilihan yang terbaik untuk kita...
Namun percayalah bahawa terdapat seseorang yang lebih elok dari dia untuk kita...
kadang2 kita silap...
bermacam2 kita memikirnya dan percayalah akan takdir kita nie...
Janganlah kita Melawan Takdir Allah...
Kita hanyalah merancang namun Allah jua-lah menentukanNya
namun percayalah Percaturan Allah lah yg terbaik untuk kita..
Sesungguhnya semua perkara tentang kita telah tercatat di Luhmahfuz...
Janganlah kita mempersalahkan dia( wanita) tapi terimalah dengan rehho'..
Dan janganlah sesekali putus harapan
Sentiasalah berdoa kepada Allah .... Semoga Allah menggantikan seseorang yg baik untuk kita nnt....


Saya sungguh berminta dengan petikan ini, petikan yang datang dari sahabat saya :
  
-  Sesungguhnya percaturan Allah itu yang terbaik... biarpun hakikatnya pahit, DIA pasti lebih tahu. Moga kalian dalam redha Allah selalu...
- Tiada suatu pun di atas muka bumi ini terjadi secara "SENGAJA", segalanya adalah atas "PERCATURAN" ALLAH . Beruntunglah bagi mereka yang "MAHU BERFIKIR".

Raya Aidiladha...

Kadang2 terkenang jugak hari raya bersama abah
baru2 nie hari raya haji....
boleh dikatakan meriah jugak la...
ramai2 berkumpul di rumah tok...


Selalunya setiap hari raya Aidilfitri ja... kami bergambar...
tapi disebabkan da Family yg tiada maka bergambar la Family masing2...
seronok jugak... 

Tapi paling mengejutkan dan hairan dalam fikiran...
Dalam2 banyak tahun mak xpernah beli kek untuk aku n adik...
tapi tahun nie berlainan... tiba2 ja mak beli kek..
yg bestnya atas kek 2 da gambar bola... Lawak jgk...
Tapi aku sebenarnya xberapa suka makan Kek.. sbb mak yg beli makan la...














Kami mmg rapat dari kecil n macam2 dah jadi..
Antaranya jadi jari tengah aku hampir putus disebabkan terkepit pintu yg ditutup oleh adikku...
tapi Perbezaan umur kami hanyalah setahun ..
saya 1 nov dan adik aku 7. nov.....

Umrah......

Entah tiba2 rindu sangat untuk saya menunaikan umrah... setelah melihat cerita "Jemputan Umrah"
ishh... terasa sungguh rindu untuk ke menunaikan Umrah n untuk melihat makam Rasulullah S.A.W
semoga Allah memberi peluang saya ke sana..

Ibu memberitahu ana yang ibu n saudara sebelah ibu hendak menunaikan umrah pada tahun hadapan...
bermacam2 perkara terus bermain di fikiran ana...
sebelum ana hendak memijakkan kaki ke sana... ana perlu berubah sikap n hati ana terlebih dahulu,
supaya ibadah yang ana hendak lakukan diterima ALLAH...
waktu perbuatan ana dengan ibu ana ... ana minta ibu supaya menunaikan umrah dalam masa 2 tahun lagi..
supaya boleh ana mengambil CUTI untuk ke sana dan boleh ana mengumpul duit untuk ke sana...
ibu teringin sekali untuk membawa adik ana yg  paling bongsu untuk menunaikan umrah bersama2...

semoga doa ibu untuk menunaikan umrah , dimakbulkan ALLAH
dan semoga ALLAH merahkan rezeki yang halal untuk ibu menunaikan umrah...

masjid nabawi ... iaitu digelar Masjid Nabi, Masjid yang didirikan oleh Nabi Muhammad setelah penghijrahan Nabi dari Kota Mekkah ke Kota Madinah ... yang dahulunya digelar Yatrib..









Masjidil Haram yang berada ditanah suci Mekkah.. kawasan masjid yang dahulunya  kecil dan telah mengalami beberapa kali pembesaran pada kawasan masjidil haram ini... Masjid inilah yang menjadi kiblat para umat islam sekarang.. Nabi Muhammad pernah meminta pada Allah supaya kiblat umat islam berubah ke kaabah yang sebelum ini kiblat kita ke arah masjidil Aqsa di Palestin  dan Allah memakbulkan doa Rasulullah S.A.W..

Cepatnya Masa...

alhamdulillah dekat kesempatan yang Allah kurniakan...
saya dapat menulis serba sedikit dalam blog ini..

Pepatah melayu selalu menyebut " Masa itu adalah Emas"...
Kadang-kadang kita tidak perasan sungguh cepat masa berlalu...
saya kerap juga menghadiri ceramah... Didalam ceramah itu , Ust pernah berkata:
sekarang ini adalah terdapatnya tanda2 hari kiamat iaitu apabila masa berlalu dengan pantas sekali...
adakah kita perasan 1 bulan bagaikan 1 minggu, 1 minggu bagaikan sehari,
1jam bagaikan 1 minit dan1 minit bagaikan 1 saat
inilah perumpamaan yang dikatakan oleh ust dalam cermahnya itu...

Sedar atau tidak sedar... sudah hampir genap 1 tahun pemergian ayah saya....
pemergian nya membuat saya seolah-olah hilang tempat mengadu.... saya menyambung tugas-tugas yang telah ayah tinggal kan...
namun apakah daya pemergian nya membuatku lebih bersabar dengan karenah2 adik-adik saya...
saya redho dengan pemergiannya tapi kadang2 fikiran melayang untuk menyelesaikan masalah adik n masalah saya sendiri... kenalah banyak tolak ansur dalam diri dan keutamaan saya lebih kepada adik2 saya.


kepada sahabat2 sekalian minggu hadapan adalah bulan yang diberkati...
Marilah kita sama-sama memperbaiki kelemahan kita yang sediada kepada yang baik ..
Ingatlah wahai sahabat2 sekalian SEGALA AMALAN AKAN DICATIT oleh malaikat yang sentiasa berada disamping kita xkira dimana jua....
sesungguhnya bulan ramadhan syaitan2 diikat dan kita mestilah menjaga hawa nafsu kita....

















KERJA

salam pada sahabat2 ku di luar sana...
alhamdulillah dengan berkat n kesabaran dalam menghadapi kerja ini
insyalallah dalam minggu depan.... aku dapat transfer tempat kerja ...
Dekat sikit ngan umah..

kalu ikut hati cam malas nak transfer tmpat kerja .. namun apakah daya ...
aku lebih pentingkan kemahuan ibu ku dari semua keinginan aku...
setiap ari aku travel dari umah ke mak mandin.... hanya memakan 30 min shj (kalu btl 45 min)
orang kata aku bawa moto cam pelesit tp nak buat mcm mana jauh tempat kerja aku n bajet time cuma 30 min ja... maka terpaksa bawa moto (PELAN2 la kononnya)

mulai minggu depan aku xpyh tavel jauh untuk pergi keja... dah x nampak la trafiicjam atas jambatan pergi n balik ... n kalu hujan pun xla sepanjang perjalanan aku...


kadang2 apabila difikirkan balik cam xbest ja kena transfer nie
kawan2 aku kat Mak Mandin semuanya ok n dok sana macam dah lama kenal sj
aku betul xseronok sekarang ... mcm mana nak seronok surat transfer dapat ari jumaat.
tup2.. minggu depan isnin kena pi bantuan kat teluk kumbar n rabu baru pindah ke bayan lepas...
aku xsempat nak bgtau kat kawan n x sempat salam pun dengan mereka...
diri cam serba salah pun ada...
umpama : kita nak masuk rumah kena bagi salam tp bila dah keluar cabut cam tu saja... cam xda adab pun ada...
aku x tahu ape kawan akan fikirkan nanti pada minggu depan apabila mereka dapat tahu aku kena transfer ke bayan lepas....

Duit Saguhati

baru2 nie.... tempat yg ana bekerja sekarang blh tahan kurangnya...
tapi kalu iman tidak kuat ... orang boleh terima wang saguhati daripada customer untuk tidak mengoyak tinted mereka...
alhamdulillah ana tidak pernah mengambilnya dan tidak akan sesekali ...kalu ikutkan hati ana , ana nak saja panggil polis bantuan tp untuk tidak meriuhkan keadaan ana cuma memberitahu kawan2 ana shj..
apelah sgt dengan duit sogokan sekadar RM 50 je.



sebelum ana menerima kerja ini ana tahu kerja macam nie ... kita kena kuatkan iman
iman berkata: wang saguhati ini akan menjadi  darah daging yg haram dalam diri kita , namun apabila kita sudah berkeluarga ini akan menjadi darah daging yg haram untuk kita n sekeluarga..

dalam setiap pekerjaan ataupun tugasan yang telah diberikan kita mesti amanah pada diri sendiri ... dan ingatlah pada kedua2 ibubapa kita yg telah mendidik n mengasuh kita dari kecil
jadi janganlah menconteng arang pada kedua muka ibubapa kita...
kita mesti ingat AJARAN AGAMA  dan IMAN adalah benteng yg umpama perisai pada diri kita....

Program HaSiZu Pada MaC 2011

Assalamualaikum sahabat2 sekalian,
Di sini terdapat 2 program hasizu di perlis sahaja ........
Marilah kita memeriahkan program yang akan dijalankan...

Antaranya adalah :

PROGRAM BAGI SAHABAT (ONLY)
Sukan Hasizu ( futsal) akan diadakan pada -
tarikh : 05 Mac 2011 bersamaan pada hari Sabtu
tempat : d'futsal centre di beseri ... Perlis
akan dikendalikan oleh Shahril
Program ini adalah anjuran Hasizu

PROGRAM BAGI SAHIBAH (ONLY)
Muslimah Day Out akan diadakan pada -
tarikh : 19 Mac 2011 bersamaan pada hari Sabtu
tempat : di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin .. Perlis
akan dikendalikan oleh Mariati
program ini adalah anjuran bersama PTSS n Haluanita

Percutian Family

Bagi ana percutian ni cuma untuk mengembirakan hati adik ana yg bongsu
setelah pemergian Ayahku pada 13September 2010 , tahun lepas......
iaitu selang seminggu daripada hari lahir adikku yang bongsu n selang 10 hari daripada hari lahir ayahku sendiri

Percutian ni cuma untuk meluangkan masa bersama setelah apa yang terjadi semasa cuti sekolah yang panjang
Percutian ni sebenarnya tertangguh akibat ana menjalankan khusus 3P di Politeknik Perlis selama 3 minggu..


umi n adik ana , permandangan yang cantik


















bab posing , adik ana cukup suka...
pelbagai gaya ada........


percutian ni jugak bukan sekadar untuk melupakan kesedihan tetapi percutian yang 
disebabkan skor dalam peperiksaan sekolah..

Janji kena tunaikan , kalau tak dia mesti bising
letih dengar

ala sekali sekala nak jugak gamabr dalm Kamera...
mau x mau asyik jadi jurugambar yg xberkelayakan je ....

PROASISR 3

 
 
Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh,
Buat sidang pembaca yang dirahmati Allah swt sekalian,

Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiah di samping berada di bawah naungan kasih dan pemeliharaan Yang Maha Mengasihi Lagi Maha Memelihara.

Kami Haluansiswa Zon Utara (HS Utara),akan menganjurkan Program Mahasiswa Rabbani PROASISR 3, sebuah perkhemahan bertemakan:

“Experience The Nature, The Way You Never Did It Before”.

 Perkhemahan ini telah berfokus kepada beberapa objektif :

  •  Membentuk keperibadian Mukmin yang mempunyai kesedaran Islam secara sahih
  • Memenuhi tuntutan Mukmin Cemerlang iaitu Tubuh Badan Yang Sihat.
Sebagai seorang Muslim, kita perlu memiliki tubuh badan yang sihat kerana banyak tanggungjawab yang perlu kita lakukan sehari-hari dalam kehidupan. Hal ini akan menyebabkan kita menjadi insan yang Proaktif dalam apa sahaja aktiviti @ rutin harian kerana sesungguhnya:

“Akal Yang Cergas Lahir dari Tubuh Badan Yang Sihat”


  • Membina Ukhuwah Dan Mengukuhkan Mahabbah iaitu Kecintaan & Kasih Sayang sesama saudara Islam.  

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu becerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersepadu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah telah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat pertunjuk dan hidayahNya.”            (Surah Ali Imran:103)

Insha’Allah, Kami akan sedaya upaya mungkin memenuhi objektif yang telah digariskan agar kita semua memperoleh manfaat yang berterusan setelah tamatnya PROASISR 3. Kita akan bersama-sama memperoleh pengalaman yang mungkin kita tidak pernah lalui sebelum ini. 

“Sesungguhnya pengalaman manis itu tidak mungkin berulang 2 kali, tidak ternilai harganya, tidak akan diperoleh di jalanan, namun, ia sangatlah indah dan hanya insan-insan yang melaluinya akan merasai kemanisannya. Lalu, ia akan sentiasa tersimpan rapi di dalam kamus kehidupannya, buat ingat-ingatan di hari mendatang.”

Antara keperluan yang perlu dibawa ialah:

  1. Al-Quran & Al-Matsurat
  2. Ubat-Ubatan (Jika Perlu)
  3. Barangan peribadi
  4. Baju hujan & Baju sejuk
  5. Torchlight
  6. Air Mineral
  7. Sardin (Pertima)
  8. Roti Gardenia
  9. Telur
  10. Beras
  11. Teh
  12. Mee segera (Ruski/Mamee/Adabi)
  13. Sudu
  14. Pisau
  15. Bawang
Tentatif program adalah seperti berikut:

Jumaat (14 Januari 2011)

9.00-11.00 PM: Berkumpul dan Pendaftaran di Sekolah Agama At-Toyyibah (SAAT), Changlun.

Sabtu (15 Januari 2011)

6.00-7.00 AM: Solat dan al-Ma’thurat
7.00-7.30 AM: Heart Setting
7.30-8.30 AM: ‘Survival Cooking’ dan Sarapan
8.30-9.00AM: Berkumpul di rumah Dr. Azhar
9.00 AM-12.00 PM: Trekking ke Kem Rimba Rekreasi Sg Kecil
12.00-2.30 PM: Makan Tengah hari dan Solat Zohor
2.30;4.30 PM: Modul 1
4.30-5.00 PM: Solat Asar dan Al-Mathurat
5.00-7.00 PM: Mandi Sungai dan masak
7.00-9.00 PM: Solat & Kuliah Maghrib
9.00 PM-12.00 AM: Modul 2
12.00 AM: Himpun Daya

Ahad (16 Januari 2011)

5.00-7.00 AM: Qiamullail, Solat, al-Mathurat
7.00-8.00 AM: Sarapan
8.00-10.00 AM: Modul 3 : Game Plan
10.00-11.00 AM: Swimming
11.00AM-12.00 PM: Makan, Clean & Clear
12.00 PM-1.30 PM: Trekking
1.30 PM :Solat Zohor di SAAT, bersurai.

Bagi sesiapa yang tidak mempunyai kenderaan, sila hubungi wakil-wakil tersebut:
  •    Ahmad Ikhwan Rosli (Pulau Pinang)-0194644515
  •  Syafiyah Adzahar (Pulau Pinang) -0194518500
  • Norasyikin Rahmat (Kedah)-0195243766
  • Muta’al Nawawi (Perlis)-0134097572
  • Mariati (Perlis)-0134508679
Insha’Allah, semoga kita sama2 memperoleh manfaatnya.Mari Mendaftar !!! :)
dari sumber haluan siswa .....

Sungguh Rindu ........


Kerinduan aku .....
Setelah lama ana tidak memijak kaki ke Poli
Makin lama berjauhan , semakin rindu pada adik2 n suasana di Poli



Setelah berjauhan n tidak bersemuka antara satu sama lain
Terdapat satu perjumpaan yang ana diminta hadirkan diri di perlis tetapi di Pejabat Pertanian
Walaupun pada perjumpaan iu Cuma terdapt sebilangan adik2 yang ana dapat jumpa
Tetapi sungguh gembiranya melihat adik2 poli yg berada di situ .....
Syukur Allah masih memanjangkan umur ana untuk melihat adik2
 Kerinduan ana pada adik2 boleh dikatakan Cuma seprauh saja
Tetapi ana lebih suka apabila dapt berjumpa dgn semua adik2 KDI


Kadang kala ana cuma blh bertanya khbr melalui mesej @ ana sendiri akan menelefon sahabat2 ana
Kerap kali ana bertanya khbr sahabt2 ana yg berjauhan sekarg , Cuma kata2 nie menusuk ati ana n tertarik dengan kata2 nya :

"Ya Allah ... ku tidak lupa mujahidMu ini......Sampaikanlah salam ini agar dia tahu , doa ku terus segar dikirimkan kepadanya ... walaupun ku seringkali berdiam diri tanpa berita.. Ya Allah , perihalah mujahidMu ini agar dia terus tegar berdiri di jalan Mu , menjadi syabab yg terus thabat untuk sabilillah .... amen ......"



Dari sepotong ayat didalam Al-Quran :
Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh 
kepada setengahnya yang lain,
kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).
Surah Az zukruf , ayat 67