PROASISR 3

 
 
Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh,
Buat sidang pembaca yang dirahmati Allah swt sekalian,

Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiah di samping berada di bawah naungan kasih dan pemeliharaan Yang Maha Mengasihi Lagi Maha Memelihara.

Kami Haluansiswa Zon Utara (HS Utara),akan menganjurkan Program Mahasiswa Rabbani PROASISR 3, sebuah perkhemahan bertemakan:

“Experience The Nature, The Way You Never Did It Before”.

 Perkhemahan ini telah berfokus kepada beberapa objektif :

  •  Membentuk keperibadian Mukmin yang mempunyai kesedaran Islam secara sahih
  • Memenuhi tuntutan Mukmin Cemerlang iaitu Tubuh Badan Yang Sihat.
Sebagai seorang Muslim, kita perlu memiliki tubuh badan yang sihat kerana banyak tanggungjawab yang perlu kita lakukan sehari-hari dalam kehidupan. Hal ini akan menyebabkan kita menjadi insan yang Proaktif dalam apa sahaja aktiviti @ rutin harian kerana sesungguhnya:

“Akal Yang Cergas Lahir dari Tubuh Badan Yang Sihat”


  • Membina Ukhuwah Dan Mengukuhkan Mahabbah iaitu Kecintaan & Kasih Sayang sesama saudara Islam.  

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu becerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersepadu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah telah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat pertunjuk dan hidayahNya.”            (Surah Ali Imran:103)

Insha’Allah, Kami akan sedaya upaya mungkin memenuhi objektif yang telah digariskan agar kita semua memperoleh manfaat yang berterusan setelah tamatnya PROASISR 3. Kita akan bersama-sama memperoleh pengalaman yang mungkin kita tidak pernah lalui sebelum ini. 

“Sesungguhnya pengalaman manis itu tidak mungkin berulang 2 kali, tidak ternilai harganya, tidak akan diperoleh di jalanan, namun, ia sangatlah indah dan hanya insan-insan yang melaluinya akan merasai kemanisannya. Lalu, ia akan sentiasa tersimpan rapi di dalam kamus kehidupannya, buat ingat-ingatan di hari mendatang.”

Antara keperluan yang perlu dibawa ialah:

  1. Al-Quran & Al-Matsurat
  2. Ubat-Ubatan (Jika Perlu)
  3. Barangan peribadi
  4. Baju hujan & Baju sejuk
  5. Torchlight
  6. Air Mineral
  7. Sardin (Pertima)
  8. Roti Gardenia
  9. Telur
  10. Beras
  11. Teh
  12. Mee segera (Ruski/Mamee/Adabi)
  13. Sudu
  14. Pisau
  15. Bawang
Tentatif program adalah seperti berikut:

Jumaat (14 Januari 2011)

9.00-11.00 PM: Berkumpul dan Pendaftaran di Sekolah Agama At-Toyyibah (SAAT), Changlun.

Sabtu (15 Januari 2011)

6.00-7.00 AM: Solat dan al-Ma’thurat
7.00-7.30 AM: Heart Setting
7.30-8.30 AM: ‘Survival Cooking’ dan Sarapan
8.30-9.00AM: Berkumpul di rumah Dr. Azhar
9.00 AM-12.00 PM: Trekking ke Kem Rimba Rekreasi Sg Kecil
12.00-2.30 PM: Makan Tengah hari dan Solat Zohor
2.30;4.30 PM: Modul 1
4.30-5.00 PM: Solat Asar dan Al-Mathurat
5.00-7.00 PM: Mandi Sungai dan masak
7.00-9.00 PM: Solat & Kuliah Maghrib
9.00 PM-12.00 AM: Modul 2
12.00 AM: Himpun Daya

Ahad (16 Januari 2011)

5.00-7.00 AM: Qiamullail, Solat, al-Mathurat
7.00-8.00 AM: Sarapan
8.00-10.00 AM: Modul 3 : Game Plan
10.00-11.00 AM: Swimming
11.00AM-12.00 PM: Makan, Clean & Clear
12.00 PM-1.30 PM: Trekking
1.30 PM :Solat Zohor di SAAT, bersurai.

Bagi sesiapa yang tidak mempunyai kenderaan, sila hubungi wakil-wakil tersebut:
  •    Ahmad Ikhwan Rosli (Pulau Pinang)-0194644515
  •  Syafiyah Adzahar (Pulau Pinang) -0194518500
  • Norasyikin Rahmat (Kedah)-0195243766
  • Muta’al Nawawi (Perlis)-0134097572
  • Mariati (Perlis)-0134508679
Insha’Allah, semoga kita sama2 memperoleh manfaatnya.Mari Mendaftar !!! :)
dari sumber haluan siswa .....

No comments:

Post a Comment