Sahabatku...

Sahabat...
adalah satu makna yg besar ...
Seorang kawan dan seorang sahabat terdapat jurang yang ketara.. 
Seorang kawan boleh kita cari tapi seorang sahabat adalah
dikalangan 1 orang daripada 1000 orang...
hargailah seoran sahabat..
walaupun kita kadangkala tiada sehaluan dengan dia...



Sahabat..
membantu aku dalam mengharungi kehidupan ini ...
tempat berkongsi masalah
teman yang setia mendengar...
dan tiada RAHSIA antara sahabat...

Sahabat...
bersama susah n senang dalam hidup...
membantu antara satu sama lain...
sahabat ini telalu susah untuk dicari...
tapi apakah kita benar SAHABAT...

lagu yang ditujukan untukmu sahabatku:


** untukmu sahabatku**
tidak pernah terlintas dalam fikiran ku menyatakan engkaulah orangnya...
aku sentiasa berfikiran positif pada sahabatku walaupun kadangkala sukar untukku terima...
kadangkala kamu tidak memahamiku tapi aku sentiasa berfikiran terbuka...
kerana aku dan kamu terdapat sesuatu yg tiada ada pada orang lain
iaitu UKHWAH...



Soal Jodoh

Setelah sekian lama menjadi perbualan .....
Hari ini aku ditanya oleh kawan ibuku tentang perkahwinan...
Perkataan yg keluar dari mulut kawan ibuku adalah...
berapakah umurku?? n dah ada calon ke??
Lalu lantas ibuku menjawab masih muda lagi??
kawan ibuku menjawab kalau umur 30-an pun masih muda lagi ke??
menjawab kepada ibuku tapi aku hanyalah senyap je tanpa berkata2 apepun..

Sapa didalam hatinya xmahu ada keluarga n seorang suri rumah..
Bab2 tentang teman hidup nie susah untuk aku berbincag dengan ibuku...
Memang berat hati n berat mulutku apabila hendak membincangkan soal ini..
tapi aku memahami hati ibuku apabila hendak membincangkan soal rumah tangga ini...
Setelah kehilangan Ayahku 2 tahun yang lalu..
telah menjadi tanggungjawabku untuk membantu ibu dalam kehidupan ini..

  

Aku lebih senang bercakap dengan sepupuku berbanding bercakap dengan ibuku..
Namun dalam hatiku kadang-kala memang berasa kesunyian...
Apabila bercakap tentang jodoh aku lebih suka senyap je berbanding bercakap...
Bagiku ibu susah untuk memahami salah seorang anaknya ini...
Memang sukar untuk memahami anaknya yang semakin membesar ini..


Ya Allah... bantulahku dalam membuat keputusan hidupku...
ya allah... berikanlah petunjuk kepadaku ini...
 

 
 

Penang HiLL

Assalamualaikum...
sudah lama jugak aku tidak berjalan2 ngan family...
asyik ngan keja ja... Kadang2 perlu juga kita beristirehat juga...
sambil jalan2 tu boleh melihat Keagungan Ilahi dan mencari ketenangan dalam diri nie..
kerap kali berjalan2 ... mesti gambar aku yang tiada..
Geram jugak.. tapi bila bagi org ambil gambar.. Mesti banyak yg tak elok la...



aku pergi kesana sungguh seronok...
sebelum nak pi sana.. Mak betul xmahu pergi kerana takut (gayat katakan)..
Selepas pujuk punya pujuk.. akhirnya berjaya juga .. mak pun ikut sekali pi Penang Hill...
Tiket untuk org tempatan untk org dewasa Rm 8/- n budak Rm 4/-..




kabel car sekarang lagi laju dari dulu..
laju betul pemandu dia bawa..
tapi best...














permandangan dari atas Penang Hill
boleh melihat jambatan pulau pinang
best...








Gambar mak , hidayah n asnawi..

 gambar mak n hidayah...








aku , mak dan asnawi
aku dah semakin besar dari dulu...



buat sepupu yang dah lama xjejakkan kaki kat Penang Hill...
Baliklah Raya Cina nanti...

Perkongsian buat sahabatku...

"Sebulan, setahun mahupun seabad lamanya.Walaupun engkau tidak tahu aku mencintai engkau tetapi Allah tahu aku mencintai engkau kerana Nya..Aku tetap cintai dirimu kerana Tuhanku kerana Agama Mu!Aku mencintai Mu kerana Akhlak & AgamaMu bukan kerana Nafsu & Duniawi..Semoga Kita Dijodohkan Bersama..Aku mencari SYURGA CINTA"

Bintang menghiasi langit gelap..
Cantik sejenak langit itu dalam pandangan..
Kerdip kecilnya memandu mata dan hati ini..
Hanya satu bintang yang akan ku jemput...

Tahukan bintang apa itu???

Bintang yang baru ku kenal..
Bintang yang paling terang..
Hingga sinarnya sanggup menghangatkan jiwa..

Sayang mahukah kau menjadi bintang itu???

Ya Allah…..satu kebahagiaan telah kudapatkan…
Ya Allah…satu cinta telah tumbuh di hati aku…
Ya Allah…..satu hati telah ku temukan…
Ya Allah…telah kutambatkan jiwa ini pada pelabuhannya..
Jangan….jangan ya Allah…jangan Kau ragut kembali…
Jangan Kau ambil lagi kebahagiaan yg tersisa….
Bukan ya Allah…..bukan maksud aku menduakanMU dengan cinta pada sesama….
Bukan maksud aku untuk berpaling dari sejatinya cintaMU
Tapi aku hanya manusia biasa….aku punya hati……aku punya jiwa……
aku punya rasa….aku punya ketakutan….
Ya Allah...aku takut cinta ini jadi ingkarku padaMU...
Ya Rabb...aku takut sayang ini jadi duri dalam mengingatMU…
Ya Rahman...aku takut kasih ini jadi onak dalam menujuMU…..

Tapi aku tetap hanya manusia biasa ya Rabb….
Jika ini adalah kurniaMU….hamba mohon ya Rahim…jadikan aku orang yg bersyukur…
Jika ini adalah murkaMU…..aku mohon ampunMU ya Ghaffar…..
Izinkan aku bersandingkan dia dalam hidup hamba yg singkat…..
Izinkan aku membawa dia kehadapanMU sebagai pelengkap sempurnanya fitrah aku…
Izinkan aku untuk memberi ketaatan akan titah MU padanya…
Izinkan aku membimbingnya menuju jalan suci MU…
Ya Rahman…ya Rahim..
Engkau Maha Tahu apa yg terbaik buat kami..
Jika ini yg terbaik dariMU untuk kami……Lapangkan jalanku utk menjemputnya….
Luaskan hati ini untuk sabar dalam ikhtiarku….
Kuatkan kesabaranku untuk ku menangi ujian ini…
Ya Allah yg maha lembut…lembutkan hatiku untuknya…..
Ya Allah yg maha indah…..perindahlah lisanku untuknya….
Tak banyak yg aku minta ya Aziz…..
Bukakan dan tiupkan wangian syurgaMU untuk ku hirup di sini..di dunia...
bersamanya….
Kerana Kau maha tahu…..
aku mencintainya kerana MU..

"syukur pada Mu Ya Allah kerana telah mengurniakan kepada aku insan yang sentiasa menceritakan & mengingatkan aku tentang agama Mu .. Dialah PERMATA yg aku cari selama ini"
"aku memetik ini dari sahabatku di FB"

Kata yang Indah...

 Assalamualaikum...
Bila Allah tak memberimu seseorang yg engkau impikan,semoga Allah menghadirkan seseorang yg memimpikanmu.

Bila Allah tak memberimu seseorang yg engkau rindukan,semoga Allah menghadirkan seseorang yg merindukanmu.

Bila Allah tak memberimu seseorang yg engkau dambakan,semoga Allah memberimu seseorang yg mendambakanmu.

Bila Allah tak menyatukanmu dengan seseorang yg engkau cintai,semoga Allah menghadirkan seseorang yg mencintaimu

yang bukan menerimamu karena apa yg ada padamu,tapi apa adanya dirimu..

Allah akan selalu memberikan yg terbaik buat kita.Istikharahkan cintamu pada-Nya. Karena jodohmu takkan jauh sifat pribadinya sepertimu.
 
Insyallah..
Kata2 diatas cukup bermakna buatku…
Kisahnya mmg panjang tetapi penuh dengan kegembiraan dan berakhir dengan kekecewaan…
Susah untuk diceritakan..
Apa yang berlaku nie ku tidak menyalahkan sesiapa dengan apa yang terjadi..
Namun aku berharap masing2 bahagia....
Tetapi luka dihati begitu susah untuk sembuh..
“Ia bagaikan kaca dan apabila ia pecah tidak dapat bercantum semula”
Namun apakah daya semua itu adalah Allah yang lebih mengetahui…

Kadang2 seseorang yang kita cintai bukanlah sebenarnya teman kita …
Tetapi itu adalah ujian dariNya…
Namun sebagai umat manusia mestilah sabar dan redho dengan pilihanNya….
Apepun berfikirlah yang baik2 sahaja… dengan apa yang terjadi pada kita..

Cinta...


Cinta bukanlah sesuatu perkara yang boleh diurai dengan kata2...
Cinta ini mestilah berlandaskan Garis2 panduan Islam bukannya berlandaskan nafsu semata-mata.
Cinta kita perlulah melebihi cinta kepada kepada Allah, barulah cinta kita kepada manusia..

Cinta inilah yang boleh menguji kekuatan iman kita...
Cinta juga boleh menjinakkan harimau yang ganas kepada harimau yang boleh dijinakkan
Cinta juga boleh menghancurkan kita dan boleh menguatkan keimanan dan kesabaran kita...

Bicara Cinta
Dengan Cinta, terjadilah kesatuan
Dengan Cinta, tersebarlah kedamaian
Dengan Cinta, terciptalah perpaduan
Dengan Cinta, terhembuslah kebahagiaan 

Berkata Ibnu Qayyim al-Jauziyah : " Siapa yang mahu hatinya bersih, hendaklah dia lebih mementingkan Allah SWT dari nafsunya."




Wahai sahabatku...
Mencari teman hidup ini bukan la senang...
tambah pula pada abad yg moden nie....
Mencari wanita yg solehah bukannya senang....
Wanita yang dapat menjadi contoh kepada anak2 nanti dan kepada suaminya sendiri...
Carilah wanita yang menutup perhiasan dirinya dan takut akan seksa Allah kelak...
Carilah wanita yang mencintai Allah melebihi cinta manusia...



Wahai sahabatku...
Sabarlah dan redho' sekiranya dia bukan pilihan yang terbaik untuk kita...
Namun percayalah bahawa terdapat seseorang yang lebih elok dari dia untuk kita...
kadang2 kita silap...
bermacam2 kita memikirnya dan percayalah akan takdir kita nie...
Janganlah kita Melawan Takdir Allah...
Kita hanyalah merancang namun Allah jua-lah menentukanNya
namun percayalah Percaturan Allah lah yg terbaik untuk kita..
Sesungguhnya semua perkara tentang kita telah tercatat di Luhmahfuz...
Janganlah kita mempersalahkan dia( wanita) tapi terimalah dengan rehho'..
Dan janganlah sesekali putus harapan
Sentiasalah berdoa kepada Allah .... Semoga Allah menggantikan seseorang yg baik untuk kita nnt....


Saya sungguh berminta dengan petikan ini, petikan yang datang dari sahabat saya :
  
-  Sesungguhnya percaturan Allah itu yang terbaik... biarpun hakikatnya pahit, DIA pasti lebih tahu. Moga kalian dalam redha Allah selalu...
- Tiada suatu pun di atas muka bumi ini terjadi secara "SENGAJA", segalanya adalah atas "PERCATURAN" ALLAH . Beruntunglah bagi mereka yang "MAHU BERFIKIR".

Raya Aidiladha...

Kadang2 terkenang jugak hari raya bersama abah
baru2 nie hari raya haji....
boleh dikatakan meriah jugak la...
ramai2 berkumpul di rumah tok...


Selalunya setiap hari raya Aidilfitri ja... kami bergambar...
tapi disebabkan da Family yg tiada maka bergambar la Family masing2...
seronok jugak... 

Tapi paling mengejutkan dan hairan dalam fikiran...
Dalam2 banyak tahun mak xpernah beli kek untuk aku n adik...
tapi tahun nie berlainan... tiba2 ja mak beli kek..
yg bestnya atas kek 2 da gambar bola... Lawak jgk...
Tapi aku sebenarnya xberapa suka makan Kek.. sbb mak yg beli makan la...














Kami mmg rapat dari kecil n macam2 dah jadi..
Antaranya jadi jari tengah aku hampir putus disebabkan terkepit pintu yg ditutup oleh adikku...
tapi Perbezaan umur kami hanyalah setahun ..
saya 1 nov dan adik aku 7. nov.....