PeMuDa YanG SiBuK DenGaN C.I.N.T.A

Posted by admin.hasizu


Jika kita pernah menangisi hakikat diri yang hidup sia-sia, mungkin ia berpunca dari kesibukan kita mencari cinta…biarpun namanya islami. Media hari ini terlalu banyak memfantasikan cinta. Alangkah indahnya sebuah percintaan!

Seronoknya jika ada pasangan hidup secantik dan sejelita itu
Seronoknya andai dapat bersama pemuda seperti itu dan ini
Teringinnya mahu disayangi dan dicantai
Teringinnya mendengar lafaz “I love you” yang keluar dari hati yang jujur
Kita jadi benar-benar  sunyi tanpanya

“I cannot live without you.”
“I have somethin’ to tell ya, I…I…I….LOVE YOU!”
“Sssaya..CINTA AWAK”

Hari ini kita menjadi mangsa media…media mempromosikan cinta. Seolah-olah cinta dua insan berlainan jantina menjadi asset untuk menikmati bahagianya kehidupan. Kita ikut tercari-cari pasangan ideal (sempuna la kononnya). Yang kacak dan cantik, yang itu yang dilafazkan dalam doa kepada Allah. 

Tapi kalau dah tak cantik, tak hensem, takpelah…asalkan hatinya mencintai. Aduuh!! Apa yang lebih mencabar ialah cinta yang cuba diislamikkan oleh sesetengah pihak…kasihan para pemuda dan pemudi yang sedang mempertahankan benteng iman mereka, pintu hati seolah-olah diketuk bertalu-talu…untuk ikut menikmati perasaan asyik itu.


                        JANGANLAH WAHAI PEMUDA DAN PEMUDI HARAPAN ISLAM!


Kita harus sedar dengan semua propaganda ini. Sebagaimana manusia yang dikurniakan akal, berapa banyak kalimat mahabbah yang tercatat dalam Al-Quran berbanding kalimah jihad ? Yang disebut di dalam Al-Quran tentang mahabbah adalah kepada pasangan suami isteri yang sah ikatannya.  Tentang jihad….cari lah…tidak sukar mendapatkan ayat-ayat jihad, al-haq, al-khairat, taqwa, iman dan banyak lagi! Cuma apabila arahan-arahan Al-Quran tidak mendapat tempat di media, kita juga terlepas pandang.

Jangan…fokus anda bersungguh-sungguh menuju redha Allah.
Cinta selainNya bukan pencarian…tetapi anugerah.
Yang mengikat anda adalah Al-Quran!
 
Yang membentuk corak kehidupan anda adalah sirah Rasululullah.
Sirah Rasulullah berkisar tentang TARBIYYAH, DAKWAH dan JIHAD
sehingga anda bisa menikmatinya hari ini.
 

Yang harus anda cintai adalah Islam dan seruannya...begitu juga pasangan anda. 

MAKA..INILAH KEHIDUPAN ANDA!

Sekarang, tanyalah pada diri, ….apakah panduan hidup kita? Media yang dimonopoli oleh golongan fasiq dan mungkar? Atau al-Quran dan sunnah Rasulullah yang terasing di abad 21 ini?
 
 
                             Jangan media membentuk kita!
 
perkongsian dari Al-Quran :
Surah Al-Baqarah : ayat 208
"Wahai orang-orang  yang beriman! Masuklah ke dalam Islam kesuluruhan dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan . Sungguh , ia musuh yang nyata bagimu. "

No comments:

Post a Comment